Monday, December 05, 2016

Lirik Lagu Rahsia Hati - Zizi Kirana

Lirik Lagu Rahsia Hati
oleh Zizi Kirana

Diri tertanya wajah siapa
Bayangan kasih di dalam mimpi
Bagai dikunci tiada ku ketahui
Mungkinkah kau si penghuni hati

Tidak di mata, Tapi merasa
Pepohon rindang, Berbunga lagi
Bagai menanti cinta yang sejati
Kan menjadi milik ku abadi

Manakan aku tahu
Membisu tanpa perkataan
Kita menjalin rindu
Membisu tanpa perasaan

Rahsia hati tinggal rahsia hati
Rahsia hati siapa sangka dan siapa tahu
Rahsia hati tinggal
Rahsia hati disembunyi

Jika ternyata dia jejaka
Membawa kasih seperti mimpi
Bagai terpatri tiada kuketahui
Bahagiakah untuk ku jalani

Tidak di mata, Tapi merasa
Cahaya rembulan indah serinya
Bagai menanti cinta yang sejati
Kan menjadi milikku abadi

Manakan aku tahu
Membisu tanpa perkataan
Kita menjalin rindu
Membisu tanpa perasaan

Rahsia hati tinggal rahsia hati
Rahsia hati siapa sangka dan siapa tahu
Rahsia hati tinggal
Rahsia hati tinggal

Rahsia hati tinggal rahsia hati
Rahsia hati siapa sangka dan siapa tahu
Rahsia hati tinggal
Rahsia hati disembunyi